Memang sukar untuk menggalakkan atau mendorong para pelajar lebih berminat dan cenderung menggunakan Bahasa Melayu. Walau bagaimana pun, sekiranya kita biarkan sahaja masalah kesukaran ini, maka ianya akan terus berlarutan dari semasa ke semasa.

Maka bantuan dan dorongan ibu bapa pada anak-anak mereka supaya belajar bersunggguh-sungguh dan meminati Bahasa Melayu adalah penting.Bukan menyerahkan bulat-bulat pada guru-guru Bahasa Melayu yang bertungkus-lumus berusaha sedaya upaya supaya para pelajar mereka minat dan cenderung menggunakan Bahasa Melayu.

Berbagai usaha dan cara dilakukan guru-guru di sekolah, tetapi usaha itu setakat di sekolah sahaja, sedangkan apabila mereka di luar kawasan sekolah dan di rumah bahasa Melayu terpendam dengan sendirinya kerana ibu bapa, ahli-ahli keluarga sehinggakan datuk dan nenek pun gunakan bahasa Inggeris ketika bertutur dengan pelajar-pelajar tersebut. Mereka juga tidak didedahkan dengan bahan bacaan dan kurang digalakkan membaca bahan-bahan berbahasa Melayu.

Oleh itu, untuk mendorong dan menggalakan minat kepada Bahasa Melayu itu ibu bapa perlulah memainkan peranan penting supaya usaha guru-guru menjadikan pelajar minat dan cenderung menggunakan Bahasa Melayu itu akan tercapai.

Categories:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *