Tanggal 28 Mac 2015 genaplah tiga tahun aku bermastautin di negeri atas angin ini. Aku telah membuat keputusan untuk meninggalkan Singapura untuk menetap di Sweden yang terletak di benua Eropah ini setelah aku berumahtangga.

Keputusanku untuk meninggalkan ahli keluarga, sahabat handai dan kerjayaku bukan mudah. Bertahun lamanya kami berbincang dan setelah mendapat kepastian dan restu daripada ayah dan ibuku, barulah aku mula mengatur langkah. Sejauh ini, aku berani mengatakan bahawa keputusan yang aku ambil ini tidak menghampakan.

01Pada awalnya, sukar juga memulakan kehidupanku di Sweden kerana bahasa perantaran di negeri yang mempunyai penduduk seramai 9.7 juta ini adalah Bahasa Swedish. Mempelajari bahasa baru di peringkat umurku yang sudah lanjut bukanlah mudah. Namun dengan kecekalan dan berbekalkan teknik-teknik yang telah aku gunakan untuk mengajar anak didikku ketika aku mengajar di Singapura, aku berjaya mengatasi masalah mempelajari Bahasa Swedish.

Pengalaman pertama kali aku menaiki bas awam tidak mungkin dapat aku lupakan. Sedang aku merenung ke luar tingkap sambil menikmati keindahan alam, seorang penumpang telah duduk bersebelahanku. Rupa-rupanya di dalam tas tangannya ada seekor anjing chihuahua. Tersentak aku dibuatnya.

03

Salah satu sebab mengapa aku suka dengan kehidupanku di sini ialah kerana negeri ini menitikberatkan mutu kehidupan yang berkualiti. Kehidupan yang seimbang diutamakan. Dalam erti kata lain, masa yang diperuntukkan bekerja sama pentingnya dengan masa yang diluangkan bersama keluarga.

02

Aku beruntung tinggal di Sweden kerana aku berpeluang mengalami keindahan alam dalam empat musim. Setiap musim mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Semenjak berhijrah ke Sweden aku gemar memetik gambar-gambar yang menampilkan keindahan alam. Gambar-gambar yang dipetik turut dikongsi bersama rakan-rakan dan ahli keluargaku melalui lelaman sosial supaya mereka juga dapat berpeluang menyaksikan keindahan alam di sekeliling Sweden.

Hasil Karya: Ernie Adam

Categories:

OneSpiffy Ninjas

Develop Websites with Ninjas! Stop imagining and get a Ninja team to develop, design and deploy applications and websites for you. Start today, free credits and no card required. https://spiffy.one/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *