Membangunkan negara yang terakam dalam lipatan sejarah akan serpihan penjajahan Jepun dan sisa cengkaman British bukanlah agenda yang dapat dilaksanakan dengan taktik yang berpacukan kepentingan peribadi. Apatah lagi untuk merintis dan menerajui haluan negara selepas perpisahan dari Malaysia.

Namun, iktibar yang bertitik tolak daripada kekalutan sosial dan kemelut politik itulah yang membentuk iltizam dalam diri mendiang Encik Lee Kuan Yew untuk berjuang demi menjadikan Singapura negara metropolis. Perjuangan mendiang melebihi empat dekad merupakan pengorbanan yang selayaknya disanjung dan diberi penghormatan tertinggi setimpal dengan pencapaian negara.

Ternyata, warisan peninggalan mendiang dalam membangunkan dan memajukan Singapura boleh dilihat di sekeliling negara – antaranya perumahan, Lapangan Terbang Changi dan kawasan industri Jurong. Bahkan, segala pencapaian didasari pelaksanaannya oleh minda yang mencetuskan inisiatif tersebut, iaitu mendiang Encik Lee, Bapa Pengasas Singapura.

Negarawan ulung yang dilahirkan pada 16 September 1923 dalam sebuah keluarga kaya kelas pertengahan ini, membuktikan komitmen dan dedikasinya menerusi sistem pemerintahan yang telus dan kukuh. Lantas mendiang berupaya membawa Singapura ke mercu kejayaan dan dikagumi oleh negara-negara besar yang jauh lebih lama bertapak dalam sejarah dunia. Berpaksi pada sistem demokrasi dan meritokrasi, Encik Lee berjaya menyatu padukan rakyat berbilang bangsa dan agama untuk mewujudkan kestabilan sosial.

Berpegang teguh pada prinsip memberi peluang yang sama kepada setiap individu melahirkan rakyat yang berdaya saing. Malah, pendidikan, kerja keras serta semangat juang untuk terus memperbaik yang ada pada diri mendiang menjadi acuan kepada rakyat.

Namun, dalam menggapai kemodenan, mendiang sentiasa mengingatkan rakyat agar tidak lupa terhadap jati diri dan akar budaya masing-masing. Justeru, pengajaran dwibahasa kekal menjadi teras dalam sistem pendidikan Singapura.

Ternyata, pengaruh mendiang dalam menyediakan kepimpinan, mempersiapkan kepimpinan generasi kedua dan generasi pelapis amat luar biasa. Titik merah yang tertanda pada peta dunia yang ditinggalkan oleh mendiang pada 23 Mac 2015 dalam usia 91 tahun merupakan legasi gah yang kini menjadi tumpuan dunia.

Categories:

OneSpiffy Ninjas

Develop Websites with Ninjas! Stop imagining and get a Ninja team to develop, design and deploy applications and websites for you. Start today, free credits and no card required. https://spiffy.one/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *