Pelancaran Ruangan Majalah di Laman Utama Portal Erin.Sg pada 18 April 2015 merupakan realisasi daripada salah satu inisiatif Erin Publishing House dalam memartabatkan dan melestarikan Bahasa Melayu melalui wadah teknologi informasi serta memberi nilai tambah dan sokongan yang berterusan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

Ruangan Majalah Erin.Sg ini mengandungi, memaparkan dan berkongsi himpunan koleksi artikel dalam Bahasa Melayu. Himpunan koleksi artikel tersebut menyajikan informasi, rujukan dan bahan bacaan yang telah diklasifikasikan dan disusun berdasarkan pelbagai kategori dan tema. Himpunan koleksi artikel ini terdiri daripada tema yang mengupas secara ringkas dan santai segala yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, kebudayaan, pendidikan, ilmu pengetahuan, hal ehwal semasa, pengalaman, tokoh, nilai-nilai murni, masyarakat dan negara, peristiwa semasa, cerita-cerita, teknologi dan sebagainya.

Ruangan Majalah di Portal Erin.Sg didedikasikan dan disasarkan untuk pembacaan umum, khususnya kepada para pelajar. Bagi mengembangkan, menarik minat dan menjadikan Ruangan Majalah ini sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan aktiviti membaca yang lebih aktif, menyeronokkan dan santai di kalangan para pelajar, Ruangan Majalah ini boleh diakses secara percuma di Laman Utama Portal Erin.Sg.

Categories: Words

OneSpiffy Ninjas

Develop Websites with Ninjas! Stop imagining and get a Ninja team to develop, design and deploy applications and websites for you. Start today, free credits and no card required. https://spiffy.one/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *